Ketiadaan Irfan Fandi Cetus Rasa Hairan Penyokong Singapura
MakanBola
FA Singapore

Penyokong Singapura mula meluahkan kemusykilan selepas melihat nama pemain pertahanan kebal, Irfan Fandi tidak tersenarai dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Maldives.

Salah seorang penyokong Singapura merasa aneh melihat tiadanya nama Irfan Fandi dalam senarai pemain yang dipanggil ke kem kebangsaan sedangkan baru sahaja melihat Irfan diturunkan oleh pasukan ASEAN All Stars dalam aksi bertemu Manchester United baru-baru ini.

“Irfan fandi dipilih untuk ASEAN ALL STARS yang mengalahkan kelab terhebat di dunia (Manchester United), tetapi tidak terpilih untuk pasukan kebangsaan,” coret pemilik akaun Instagram, acerbis_10.

Irfan merupakan satu-satunya pemain Singapura yang terpilih daripada 26 pemain terbaik Asia Tenggara untuk aksi pertunjukan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun tiada nama Irfan Fandi bersama skuad kebangsaan, nama dua lagi adiknya iaitu Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi telah tersenarai dalam aksi berdepan Maldives yang dijadualkan 5 Jun ini,

Antara nama-nama lain yang dijangka bakal mengisi kekosongan Irfan di bahagian pertahanan Singapura ialah Safuwan Baharudin, Lionel Tan ataupun pemain berpengalaman dan kapten mereka iaitu Hariss Harun.