Senarai 26 Pemain ASEAN All-Stars Lawan Manchester United
MakanBola
TI/FAM/FAS

Ini adalah senarai barisan 26 pemain ASEAN All-Stars yang akan turun menentang Manchester United di Bukit Jalil.

Skuad bintang pilihan Asia Tenggara ini bakal dikemudi oleh jurulatih kebangsaan Vietnam, Kim Sang-sik dan akan turun bertemu naib juara UEFA Europa League (UEL), Manchester United di Bukit Jalil.

Seramai 26 pemain terpilih bagi menyarung jersi ASEAN All-Stars dengan Malaysia mengirim wakil paling ramai dengan 5 orang pemain, Haziq Nadzli, Declan Lambert, Sergio Aguero, Azam Azmi dan Adib Raop.

Manakala Vietnam dan juga Australia masing-masing diwakili oleh 4 orang pemain tatkala 3 bintang skuad utama Thailand turut dipanggil menjadi taruhan di jentera tengah serta pintu gol.

Gandingan Coulibaly-Faeez Khan dan Malik Risaldi-Kakang Rudianto menjadi duo yang membawa nama Kemboja serta Indonesia di dalam skuad pilihan negara-negara rantau Asia Tenggara ini.

Filipina turut tidak ketinggalan untuk menghantar dua orang pemain utama The Azkals iaitu bek kental, Amani Aguinaldo dan pemain muda berbakat, Sandro Reyes yang bermain di Jerman.

Akhir sekali, Myanmar, Timor Leste, Singapura dan Laos pula masing-masing diwakili seorang pemain bagi melengkapkan senarai 26 pemain skuad ini untuk menghadapi cabaran The Red Devils.

Senarai 26 Pemain ASEAN All-Stars vs Manchester United.

1- Nguyen Hoang Duc (Vietnam).
2- Nguyen Hai Long (Vietnam).
3- Nguyen Van Vi (Vietnam).
4- Do Duy Manh (Vietnam).
5- Faeez Khan (Kemboja).
6- Coulibaly (Kemboja).
7- Bounphachan Bounkong (Laos).
8- Irfan Fandi (Singapura).
9- Maung Maung Lwin (Myanmar).
10- Malik Risaldi (Indonesia).
11- Kakang Rudianto (Indonesia).
12- Haziq Nadzli (Malaysia).
13- Azam Azmi (Malaysia).
14- Sergio Aguero (Malaysia).
15- Adib Raop (Malaysia).
16- Declan Lambert (Malaysia).
17- Joao Pedro (Timor Leste).
18- Patiwat Khammai (Thailand).
19- Ben Davis (Thailand).
20- Worachit K (Thailand).
21- Amani Aguinaldo (Filipina).
22- Sandro Reyes (Filipina).
23- Yaya Dukuly (Australia).
24- Kealey Adamson (Australia).
25- Adrian Segecic (Australia).
26- Harrison Delbridge (Australia).

View this post on Instagram

A post shared by Seasia Goal (@seasiagoal)

Aksi Manchester United vs ASEAN All-Stars akan diadakan pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula tepat jam 8.45 malam.