Harimau Malaya

5 Pemain Malaysia Bakal Wakili ASEAN All-Stars

Azam Aguero Adib 5 Pemain Malaysia Bakal Wakili ASEAN All-Stars
FA Malaysia

Seramai 5 orang pemain dari Malaysia semakin hampir sah mewakili ASEAN All-Stars pada aksi persahabatan bertemu Manchester United.

Advertisement

Sebelum ini, 3 pemain kebangsaan terdiri daripada Dominic Tan, Haziq Nadzli serta Sergio Aguero diumumkan menjadi wakil Malaysia untuk memperkuat skuad ASEAN All-Stars ini.

Walau bagaimanapun, berlaku perubahan apabila terdapat pemain yang mempunyai komitmen dan tugasan bersama pasukan kebangsaan hingga terlepas aksi yang diadakan di Bukit Jalil ini.

Terkini, seramai 5 orang pemain iaitu Haziq Nadzli, Sergio Aguero, Adib Raop, Declan Lambert dan Azam Azmi akan menjadi wakil Malaysia di dalam skuad ASEAN All-Stars itu nanti.

Aksi ASEAN All-Stars vs Manchester United akan diadakan pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan tiket boleh didapati di laman sesawang Ticket Empire.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...

Komen

Tinggalkan komen