Perak FC Tambah Tempang, Empat Tonggak Sertai Penang FC Musim Hadapan
Transfer
Perak FC
Advertisements

Masalah dalaman yang berlaku di dalam pasukan Perak FC jelas memberi impak kepada pasukan tersebut untuk menghadapi musim akan datang. Baru-baru ini, empat tonggak utama pasukan bertindak untuk meninggalkan pasukan.

Selepas Amirul Azhan yang memilih untuk menyarung jersi Kedah Darul Aman FC, kini empat lagi tonggak iaitu penjaga gol, Hafizul Hakim, pemain muda meningkat naik, Adib Raop dan Syamin Baharudin serta pemain berpengalaman, Rafiuddin Roddin mengambil keputusan untuk berhijrah ke Penang FC.

Baru-baru ini, Hafizul Hakim ada memberitahu bahawa beliau sebenarnya mahu terus bersama pasukan Perak namun beliau melihat masalah yang berlaku di dalam kem Perak seperti tiada penghujungnya yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk berhijrah.

Advertisements

Manakala buat Adib Raop, pemain muda berusia 22 tahun ini merupakan pemain muda yang bermula dari Piala Belia 2017 dan sentiasa mempamerkan peningkatan tahun demi tahun seterusnya membarisi kesebelasan utama pasukan Perak pada musim 2021.

Nama Rafiuddin Roddin bukanlah asing bagi peminat pasukan Penang FC kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan berkenaan dari tahun 2014 sehingga tahun 2017. Pemain berpengalaman berusia 32 tahun ini merupakan pemain pertahanan kiri yang sentiasa membarisi kesebelasan utama skuad The Bos Gaurus musim lepas.

Kehilangan beberapa tonggak utama pastinya sedikit sebanyak merisaukan penyokong-penyokong setia skuad Perak FC dalam menghadapi Liga Premier pada musim hadapan selepas melalui aksi penuh liku musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram