Peralatan Latihan Skuad England Dicuri
MakanBola
England National Team

Persiapan England menghadapi Croatia dalam aksi pertama Kumpulan L Piala Dunia 2026 terjejas kerana peralatan latihan pasukan itu dicuri.

BBC Sport melaporkan antara barang yang dicuri dalam insiden tersebut ialah bola dan kasut but para pemain. Ini selepas kenderaan yang membawa peralatan latihan ke Swope Soccer Village, Kansas dipecah masuk.

Persatuan Bola Sepak (FA) cuba menentukan berapa banyak barang yang hilang akibat jenayah tersebut. Pihak berkuasa dilaporkan telah menahan dua individu berhubung kes berkenaan.

Anak buah Thomas Tuchel dijangka tiba di Kansas pada Sabtu dengan peralatan latihan sepatutnya tiba sebelum itu.

Hal ini dijangka merumitkan perancangan bekas jurulatih Chelsea itu untuk kempen peringkat kumpulan. Ini kerana skuad England dijangka mula berlatih pada 14 Jun ini.

England bakal membuka kempen kumpulan dengan menentang Croatia pada 17 Jun ini.