Penerangan Lengkap: Peraturan Baru ‘Offside’ Bakal Diuji
Dunia
Advertisements

Arsene Wenger merupakan salah seorang pemikir bola sepak yang lantang bersuara demi revolusi sukan paling ramai pengikut di dunia ini.

Bekas Pengurus Arsenal yang kini merupakan Ketua Pembangunan Bola Sepak (CGFD) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan idea perubahan undang-undang ‘offside’ yang menggalakan ‘permainan cantik’.

Wenger bakal mempromosikan undang-undang baru yang bakal diuji di mana sekiranya badan pemain yang menyerang masih dalam ‘level’ dengan pertahanan kedua akhir maka ianya bakal dikira sebagai ‘onside’.

Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan The Times mengesahkan bahawa FIFA akan memperkenalkan undang-undang baru ini untuk tempoh percubaan di Liga Super China.

Untuk memahami peraturan baru ini anda boleh melihat contoh grafik yang dibuat oleh Dale Johnson wartawan Sky Sports dan ESPN.

“Matlamat kami dan saya bercakap bawah kawalan IFAB adalah kami sentiasa melihat sesuatu yang boleh menjadikan bola sepak lebih menarik tanpa mengubah tradisi bola sepak.” jelas Infantino yang merupakan Presiden FIFA.

Advertisements

“Apabila ianya berkenaan undang-undang ‘offside’, dengan perubahan dalam permainan, dengan kepantasan dalam permainan, dengan pengenalan VAR, ianya akan lebih jelas adakah ianya ‘offside’ atau tidak.”

“Kami mungkin akan memikirkan undang-undang yang akan membantu bola sepak menjadi lebih ‘menyerang’.”

“Dan Arsene Wenger menerangkan kepada kami hari ini bagaimana ianya kelihatan, kesimpulan lengkap adalah jika penyerang di hadapan pertahanan akhir dan tubuh badan masih dalam lingkungan dengan pertahanan lawan.”

Advertisements

“Ini memberikan penyerang lebih ruang sekaligus membantu bola sepak menyerang. Bagaimanapun perubahan ini perlu diuji. Kami perlu lihat apa impak terhadap permainan samada ianya positif atau negatif.”

“Jika ianya positif kami mungkin akan meneruskannya. Jika ianya negatif kita kembali ke asal. Tetapi kami di sini sama seperti pengenalan VAR, sentiasa terbuka dengan idea baru dan jika ianya membantu menjadikan bola sepak lebih menyerang dan lebih menarik maka semestinya kami akan mempertimbangkannya.”

Mungkin selepas ini kita bakal lihat penyerang mula memegang tangan pertahanan akhir semata-mata ingin memastikan mereka tidak berada dalam posisi ‘offside’? Waktu bakal menentukannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram