“Percaturan Malaysia Berjalan Lancar” – Javier Ribera
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mengakui berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Timor Leste pada 23 Jun lalu.

Skuad negara membuka kempen Kumpulan C Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan pesta gol apabila membelasah Timor Leste 5-0.

Ad

Gol skuad negara disumbang oleh Izzuddin Afif Nazarudin, Fahmi Nor Farizamal, Awal Wafiy Ahmad Syukri (dua gol) dan Arayyan Hakeem Norizam.

Ad

Meskipun bermula perlahan dalam perlawanan disebabkan faktor pengalaman, Ribera gembira anak buahnya menunjukkan peningkatan terutama pada separuh masa kedua.

“Perlawanan semalam bukan mudah buat kita sebagai perlawanan pembukaan kejohanan. Ini disebabkan ini pengalaman baru buat semua (pemain dan staf kejurulatihan). Saya fikir semua pemain menunjukkan prestasi bagus dari minit pertama hinggalah tamat perlawanan.

Ad

“Keputusan (yang dicapai) pada akhir perlawanan, bukan mudah untuk dapatkan keputusan sebegini. Pihak lawan memberi kesukaran kepada kita pada separuh masa pertama. Tetapi pada minit ke-60 hingga 65, tahap kecergasan mereka mula menurun.

Ad

“Pada akhirnya, kita mempersiapkan pasukan untuk memahami falsafah dan identiti kita. Saya fikir pasukan beraksi cemerlang,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

Skuad muda Malaysia kini mengatur persiapan untuk menentang Australia dalam aksi kedua kumpulan pada 26 Jun.

Skuad negara dijangka berdepan cabaran sukar kerana pengendali Australia, Brad Maloney bukan asing dengan dunia bola sepak Malaysia. Ini kerana beliau pernah menggalas banyak peranan termasuk jurulatih skuad B-23 kebangsaan.