Ads
Rahsia Skuad Muda Malaysia Dalam Genggaman Brad Maloney
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pertembungan skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) dengan Australia dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dalam Kumpulan C dijangka hangat.

Advertisements

Ini kerana pasukan yang diberi jolokan The Joeys itu dibimbing bekas pengendali Malaysia B-23, Brad Maloney.

Advertisements

Kelibat beliau dilihat dalam sidang media pra-perlawanan Kumpulan C. Selain Maloney, sidang media itu turut dihadiri pengendali skuad negara, Javier Jorda Ribera, R. Gopalkhrisnan (Timor Leste) dan Jadet Meelarp (Thailand).

Advertisements
Advertisements

Berdasarkan semakan di Transfermarkt, Maloney sudah menggalas pelbagai peranan bersama skuad kebangsaan termasuk penolong jurulatih.

Jurulatih berusia 52 tahun itu pernah menjadi penolong jurulatih Datuk Ong Kim Swee semasa bergelar pengendali skuad senior dan B-23 kebangsaan dari 2014 hingga 2017.

Advertisements

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai pengendali skuad B-19 kebangsaan (2019-2021) dan B-23 kebangsaan (2021-2022).

Selepas khidmatnya ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Julai 2022, Maloney direkrut Persatuan Bola Sepak Australia (FA) sebulan selepas itu untuk mengendalikan skuad B-17 mereka.

Ini bakal menjadikan pertembungan kedua-dua pasukan pada 26 Jun ini untuk aksi kedua Kumpulan C lebih menarik.

Advertisements

Skuad Malaysia B-16 akan membuka kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 Kumpulan C dengan menentang Timor Leste pada 23 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram