Brad Maloney Dilantik Ketua Jurulatih B-17 Tahun Australia
Dunia
MakanBola
Team Malaysia
Advertisements

Bekas ketua jurulatih bawah 23 tahun negara, Brad Maloney secara rasminya diumumkan sebagai ketua jurulatih bawah 17 tahun Australia.

Maloney secara rasminya telah kembali ke bola sepak Australia selepas lapan tahun bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Beliau telah memegang pelbagai jawatan di Malaysia sejak tahun 2014 termasuklah sebagai Penolong Jurulatih pasukan kebangsaan B-23 tahun negara.

 Walau bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, peranannya telah pun diperluaskan sekaligus menjadi ketua jurulatih bawah 23 dan bawah 20 tahun pasukan kebangsaan.

Advertisements

Beliau dijangka bakal memulakan tugas bermula Ogos ini ketika Joeys memulakan persiapan untuk layak ke Piala Dunia U17 FIFA 2023 bermula dengan Kelayakan Piala Asia U17 AFC 2023 di Shepparton, Victoria , pada bulan Oktober.

“Sebagai salah seorang pelatih bola sepak Australia dan jurulatih , saya sentiasa bermotivasi untuk melatih pasukan kebangsaan Australia, jadi saya gembira kerana dilantik sebagai Ketua Jurulatih Joeys,” kata Maloney.

Advertisements

Maloney juga mengakui tidak sabar untuk memulakan tugas bersama pasukan muda Australia.

“Saya tidak sabar untuk memanfaatkan pengalaman saya dan pengalaman yang saya miliki.”

Advertisements

 “Kerjasama perlu diwujudkan dengan kelab dan persekutuan untuk memastikan bahawa kami dapat mencungkil bakat pemain bola sepak terbaik buat pasukan kebangsaan bawah 17 tahun untuk terus menjadi pelapis bola sepak Australia.”

Ini juga bakal menjadi medan terbaik buat pengendali berusia 51 tahun ini membuktikan kemampuan sebenar beliau.

Advertisements

News Comments Account