Pereyra Diaz Ucap Selamat Tinggal Di ACL Lebih Awal
MakanBola
Mumbai City

Penyerang berbisa pasukan Mumbai City, Jorge Pereyra Diaz terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) lebih awal.

Beliau yang kini beraksi buat kelab India tersebut menerima ujian yang cukup hebat di pentas Asia apabila gagal mempersembahkan aksi terbaik.

Pemain berusia 33 tahun ini yang juga merupakan penyerang utama Mumbai City bergelut untuk mencapai prestasi sebenar di pentas tertinggi Asia.

Ad

Selepas mengharungi 4 perlawanan, Mumbai berada di tangga tercorot Kumpulan D selepas tewas kesemua perlawanan.

Ad

Hal ini menjadikan Mumbai City salah satu pasukan yang tersingkir awal dari saingan ACL musim ini.

Ad
Ad

Mumbai City tewas besar kepada Al-Hilal dengan keputusan 6-0 sebelum tiga lagi kekalahan telah menutup ruang pasukan untuk melangkah ke pusingan berikutnya.

Ad

Dua lagi pasukan yang mengiringi penyingkiran Mumbai City ialah kelab Uzbekistan, AGMK dan Nassaji.

Saingan ACL bagaimanapun masih berbaki dua perlawanan dengan perebutan pasukan masih berlangsung sengit.

Sungguhpun menjaringkan 5 gol dalam 5 perlawanan dalam liga, Diaz tidak mencetak sebarang gol di ACL sekaligus memberikan tamparan terhadap prestasi pasukannya musim ini.