“Perlawanan Ini Ibarat Final” – Matt Davies
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan JDT, Matthew Davies menganggap aksi bertemu Kawasaki Frontale malam ini ibarat pentas final.

Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt Davies menzahirkan keyakinan JDT telah membuat persiapan yang cukup untuk beraksi sehabis baik menentang gergasi dari Jepun itu.

“Kami sangat mengenali mereka sekarang kerana kami telah berdepan dengan mereka tiga kali dalam tempoh dua tahun lepas. Mereka adalah pasukan yang kuat, jadi kita tidak boleh ambil mudah.”

Advertisements

“Bagi kami, perlawanan ini ibarat final. Kami akan memberikan segala yang kami ada kerana kami mahu ke peringkat seterusnya dalam pertandingan itu.”

Selain beraksi di laman sendiri. pertahanan berusia 28 tahun ini juga menganggap Kawasaki miliki kelebihan dari segi persaingan dalam liga. Bagi Matt, J League merupakan pentas persaingan yang kompetetif dan bertaraf ACL.

Advertisements

“Kami tidak ada pertandingan mingguan, mingguan seperti Kawasaki Frontale. Mereka mempunyai persaingan tinggi dan perlawanan kompetitif.”

“Sukar untuk membuat lompatan itu daripada Liga Malaysia ke ACL. Tetapi kami telah menunjukkan bahawa kami mampu bersaing di peringkat ini dan kami akan terus menentang kemungkinan.”

Advertisements

JDT bakal berdepan Kawasaki Frontale malam ini di bumi Jepun untuk aksi kelima dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

JDT ketika ini menghuni tangga ketiga dalam saingan Kumpulan I sementara Kawasaki Frontale ungguli di kedudukan pertama selepas mencatat 12 mata, raih semua kemenangan dalam empat perlawanan lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram