Perlawanan JDT, Urawa Red Berisiko Untuk Dipinda?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas kehilangan sentuhan Benjamin Mora sebagai jurulatih, kini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan kemungkinan untuk menghadapi sebarang perubahan pada aksi kalah mati Liga Juara Juara Asia (ACL) menentang Urawa Red Diamonds yang dijadualkan pada 19 Ogos ini di Stadium Saitama, Jepun.

Pindaan mungkin akan berlaku selepas melihat kenaikan mendadak kes Covid-19 di Jepun dengan kes pada hari iaitu 29 Julai merekodkan lebih 230,000 kes harian.

Kenaikan mendadak ini juga dicatatkan oleh Korea Selatan. Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini aktiviti sosial dan sukan di Jepun masih berjalan seperti biasa tanpa sekatan yang ketat.

Advertisements

Berbaki kurang 20 hari dari tarikh perlawanan kalah mati ACL itu, besar kemungkinan perlawanan tetap akan berjalan seperti biasa di Stadium Saitama selepas melihat rakyat di Jepun masih bebas melakukan aktiviti sosial mereka.

Semestinya pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan menilai terlebih dahulu mengenai risiko yang akan berlaku jika perlawanan akan kekal diadakan di Jepun memandangkan kes harian Covid-19 di sana sangat tinggi.

Jika terpaksa dipinda, mungkin akan jadi satu peluang buat JDT untuk menjadi tuan rumah bagi aksi kalah mati pada bulan hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram