Dunia
Sabah FC
Advertisements

Perlawanan tumpuan Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 15 Julai yang lalu menerima sambutan yang hangat memandangkan kedua-dua pasukan berada di dua tangga teratas dalam kedudukan liga.

Tinjauan yang dibuat di saluran youtube Unifi, perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi untuk aksi Liga Super buat setakat ini iaitu sebanyak 2.2 juta tontonan.

Sabah JDT unifi Perlawanan Sabah, JDT Cipta Rekod Tontonan Tertinggi Liga Super
Jumlah tontonan setakat ini adalah 2,218,981. Sumber Youtube Unifi.

Walau bagaimanapun, jumlah tontonan itu masih belum dapat memintas jumlah tontonan yang dicatatkan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 yang menemukan JDT dan pasukan Terengganu FC (TFC). Perlawanan tersebut mencatatkan hampir 3 juta tontonan.

Advertisements
Jumlah tontonan perlawanan separuh akhir JDT dan TFC menghampiri 3 juta tontonan.

Ini bermakna untuk saingan Liga Super, perlawanan Sabah dan JDT Jumaat lepas merupakan rekod baharu yang dicipta. Rekod tontontan tertinggi Liga Super di saluran youtube Unifi sebelum ini adalah melibatkan pertembungan JDT dan Selangor FC pada tahun lalu yang mencatatkan tontonan sebanyak 1.8 juta tontonan.

Perlawanan Sabah dan JDT tempoh hari menyaksikan pasukan JDT berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 2-1. Perlawanan tersebut dikhabarkan menjadi tontonan oleh sesetengah penyokong Indonesia yang mahu melihat aksi pemain kebangsaan mereka, Saddil Ramdani yang beraksi untuk pasukan Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram