Perpindahan Bergson Sukar Terjadi
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perpindahan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dilihat sukar terjadi.

Tonggak berusia 34 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama skuad Harimau Selatan apabila muncul penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2024-25 dengan 32 jaringan.

Masa depannya bagaimanapun mula menjadi tanda tanya susulan JDT membawa masuk beberapa muka baharu pada posisi serangan termasuklah Jairo Da Silva.

“Penyerang JDT, Bergson (34) berada di radar Recife. Kelab merah-hitam itu telah meneliti situasi pemain itu yang berada di Johor, Malaysia, sejak 2021 dan menjaringkan 152 gol dalam 137 perlawanan. 

Salah seorang wartawan terkemuka di Amerika Selatan iaitu Reporter Antonio melaporkan bahawa Bergson kini berada dalam radar kelab Divisyen 1 Brazil, Sports Club do Recife.

“Kontrak Bergson bersama kelab Malaysia itu adalah sehingga hujung tahun ini,” ujarnya di laman X.

Khidmat beliau bagaimanapun dilabel sukar untuk dibawa masuk oleh wartawan sama yang memberi gambaran perpindahan bakal pemain naturalisasi negara ini sukar terjadi.

“Mengenai penyerang Bilal Ould-Chikh (27), tonggak Belanda dari FC Volendam, dan Bergson (34), dari Johor di Malaysia.

“Dua nama yang sebenarnya tiba di meja kelab dan pada dasarnya, menurut maklumat yang diterima, perpindahan ini sukar menjadi kenyataan,” tambahnya di laman X.

Bergson dijangka terus menjadi sandaran JDT yang memiliki dua kejohanan di pentas Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACC Shopee Cup.