ASEAN All-Stars berikrar mempamerkan aksi terbaik menentang Manchester United menjelang aksi pada 28 Mei ini.
Hasrat itu dizahirkan pengendali pasukan itu, Kim Sang-sik dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.
Meskipun ASEAN All-Stars hanya sempat berlatih sekali sebelum hari perlawanan, jurulatih Korea Selatan itu tidak melihat itu sebagai halangan buat barisan anak buahnya.
Ini kerana barisan pemain ASEAN All-Stars yang terpilih sudah bersedia untuk menghadapi cabaran The Red Devils.
“Kita datang dari pelbagai bahagian negara ASEAN. Semua pemain dalam keadaan baik, kita bekerja keras,” katanya.
“Kita hanya ada satu sesi latihan setakat ini. Tapi mereka cukup serius (dan) mereka mahu memenangi perlawanan ini.
“Mereka mahu bekerja keras. Kita akan cuba buat persiapan yang bagus dan mendapatkan satu perlawanan yang bagus.”
Antara pemain yang dipilih jurulatih Vietnam itu ialah Sergio Aguero, Harrison Delbridge, Joao Pedro dan Malik Risaldi.
United bakal berentap dengan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).