Pertembungan ‘Darah Muda’ Luqman Hakim Dan Ikhsan Fandi Hangatkan Perlawanan Malaysia & Singapura
Dunia
FAM-FAS
Advertisements

Pertembungan dua bintang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Ikhsan Fandi dijangka bakal menghangatkan lagi perlawanan antara Malaysia menentang Singapura nanti.

Ikhsan yang baru sahaja berusia 22 tahun itu sedang menikmati perjalanan musim yang cukup baik ketika ini setelah perpindahannya ke BG Pathum United melonjakkan lagi namanya.

Bukan itu sahaja, ketajaman penyudahnya di hadapan gawang sering membuatkan barisan pertahanan di Thailand agak kecut perut untuk merantai aksi Ikhsan di sana.

Advertisements

Bermula dengan sangat cemerlang, anak kepada bekas lagenda Singapura ini meledak dalam beberapa perlawanan awalnya bersama kelab gergasi Thailand itu sungguhpun hanya masuk sebagai pemain gantian.

Prestasi semasanya sudah pasti merungsingkan pasukan Filipina dan Malaysia tatkala pemain berketinggian 1.83 cm ini sudah menjaringkan 9 gol dalam semua pertandingan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menempa nama setelah berjaya melakukan satu bantuan gol dalam Liga 1 Thailand ketika ini.

Advertisements

Sebelum ini, Ikhsan menjadi penggempur utama Singapura dalam kejohanan Piala AFF Suzuki di bawah kendalian Tatsuma Yoshida.

Ketika itu, Singapura beraksi dengan cukup baik di peringkat kumpulan namun gagal mengekang kemaraan Indonesia untuk ke pentas akhir.

Kini, Singapura yang baru di bawah Nazri Nasir dijangka kekal mempertaruhkan penyerang muda berbakat ini untuk mengemudi barisan serangan Singapura.

Advertisements

Ikhsan tersenarai dalam senarai 26 orang pemain yang bakal berdepan Malaysia pada hujung Mac ini.

Seterusnya, bintang muda negara yang berkelana di Belgium, Luqman Hakim yang sekali mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Harimau Malaya kali ini apabila berada dalam senarai 30 pemain Kim Pan-gon.

Bukan itu sahaja, pengalaman beraksi bersama kv Kortrijk jelas mematangkan lagi persembahannya termasuklah berjaya memperoleh aksi bersama pasukan bawah 21 tahun di sana.

Advertisements

Luqman turut menampilkan aksi yang cukup baik bersama Harimau Malaya di Piala AFF tahun lalu sungguhpun Malaysia tidak berjaya melangkah jauh.

Kedua-dua pemain ini dijangka akan kekal menjadi sandaran pasukan dalam usaha untuk menajamkan lagi barisan serangan kedua-dua pasukan.

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon ini dijadual bertemu Filipina pada 23 Mac 2022 dan bertemu Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura sebagai persiapan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram