Pasukan kebangsaan Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa turun tanpa beberapa tonggak utama berdepan Singapura di laman lawan.
Pasukan ke -112 dunia itu bakal ke Stadium Jalan Besar dengan hasrat untuk melakar kebangkitan selepas tumbang kepada China dengan keputusan 2-1.
Singapura pula sukar menandingi kehandalan jaguh Piala Dunia, Korea Selatan apabila dibelasah 5-0 di laman lawan sekaligus mahu bangkit dari kedukaan ini.
Aksi seterusnya bakal menyaksikan pertarungan dua pasukan Asean ini dengan kedua-duanya memburu tiga mata pertama.
Thailand difahamkan bakal kehilangan khidmat kapten pasukan, Chanatip Songkrasin yang mengalami kecederan ketika membantu pasukan di Stadium Rajamangala tempoh hari.
Skuad Singa pula difahamkan akan terlepas khidmat pertahanan kental, Irfan Fandi yang juga cedera ketika mengekang asakan anak buah Jurgen Klinsmann.
Singapura juga sudah pasti mahu merampas mata penting FIFA berdepan pasukan bimbingan Mano Polking.
Kemenangan ke atas skuad Gajah Perang bakal memberikan Singapura tambahan penting untuk melonjakkan kedudukan dari tangga ke-155 dunia.
Perlawanan akan berlangsung pada jam 8 malam tanggal 21 November 2023.