Advertisements
Perubahan Ketara Romel Morales Bersama Harimau Malaya Dikesan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Perubahan ketara penyerang naturalisasi, Romel Morales bersama Harimau Malaya berjaya dikesan.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi secara konsisten dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan termasuklah ketika turun menentang New Zealand.

Hasrat untuk melihat kejayaan buat pasukan negara tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 4-0 di tangan All-Whites.

Menerusi perkongsian dalam segmen Bola Itu Life, analisis yang dilakukan oleh Faiz memberitahu bahawa beliau berjaya mengesan beberapa perkara positif dalam skuad negara.

Antara aspek penting yang ditampilkan termasuklah sikap para pemain yang berjuang sehabis baik untuk memberikan saingan kepada anak buah Darren Bezeley.

“Satu benda yang berlainan daripada versi Romel sebelum ini adalah dia kelihatan sangat cergas berbanding sebelumnya.

“Itu satu perkara yang positif. Beliau (Romel) lebih cergas berbanding sebelumnya,”jelasnya.

Corak permainan yang ditampilkan oleh anak buah Pau Marti juga dipuji tatkala Malaysia tidak turun hanya untuk bertahan sepanjang 90 minit permainan.

Malaysia akan berdepan India bagi aksi persahabatan Tier 1 pada bulan November sambil mencari satu lagi lawan berikutnya.