Ketua juratih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memberikan gambaran tentang debut tonggak baharu negara, Bergson Da Silva.
Pasukan kebangsaan kini sudah pun menamatkan saingan Kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi selepas menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan 9 mata.
Harimau Malaya terlepas peluang dengan juara kumpulan, Vietnam layak ke Piala Asia selaku salah satu daripada empat pasukan Asia Tenggara.
Malaysia kini dalam persiapan untuk menghadapi ASEAN Hyundai Cup 2026 yang bakal bermula seawal Julai ini.
Pasukan kebangsaan dijangka menerima beberapa tambahan muka baharu untuk memperkuat pasukan, sekali gus bakal tampil dengan persembahan terbaik.
Kenyataan daripada jurulatih kelahiran Australia itu memaklumkan bahawa dua pemain naturalisasi negara, Bergson dan Giancarlo Gallifuoco bakal tersedia pada kem akan datang.
“Saya sudah bercakap dengan dua pemain ini. Mereka menunjukkan keinginan tinggi untuk beraksi buat pasukan kebangsaan.
“Kita akan meneliti perkara ini terutamanya untuk kem yang akan datang,” ujar Cklamovski kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Bergson kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super 25-26 dengan 21 jaringan setakat ini sementara Gallifuoco telah beraksi sebanyak 17 perlawanan dengan 16 selaku pemain dalam kesebelasan utama.
Perlawanan seterusnya buat Malaysia adalah menentang Myanmar pada 25 Julai 2026 di gelanggang lawan.