Peter Cklamovski Sedia Manfaatkan Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan beliau sedia memanfaatkan pemain warisan baharu jika nama mereka sah bersama skuad kebangsaan.

Sebelum ini, nama dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Jon Irazabal dan Hector Hevel menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia.

Ad

Ini kerana dua pemain ini disebut-sebut sebagai calon pemain warisan baharu yang akan menyertai Harimau Malaya.

Ad

Apabila ditanya tentang perkara tersebut, Ckalmovski memaklumkan beliau belum ada kemas kini tentang status pemain warisan baharu negara.

“Tiada kemas kini maklumat hari ini. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk beri kemas kini hari ini, maaf.

Ad

“Saya tidak terlibat dengan proses itu tapi saya harap saya dapat kongsi berita tentang perkara itu tidak lama lagi,” katanya kepada media.

Ad

Pada masa sama, bekas pengendali FC Tokyo itu menyifatkan sekiranya ada pemain warisan baharu menyertai kem Harimau Malaya, mereka bakal menjadi aset kepada kepada pasukan itu.

Ad

“Banyak yang diperkatakan tentang pemain (warisan) Malaysia di luar negara. Saya fikir dengan cara saya melihat mereka, pemain-pemain ini mahu berjuang demi Malaysia dan mahu menyarung jersi Malaysia.

“Jika itu berlaku, maka mereka berada dalam pemilihan. Jika mereka menunjukkan prestasi baik, maka persaingan (merebut kesebelasan utama) juga akan jadi bagus,” ujarnya.

Skuad negara kini sibuk membuat persiapan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments