ACL

Phnom Penh Crown Hadapi Kuching City Tanpa 3 Tonggak

Phnom Penh Crown FC Phnom Penh Crown Hadapi Kuching City Tanpa 3 Tonggak
Phnom Penh Crown FC

Wakil Kemboja, Phnom Penh Crown bakal berdepan Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tanpa tiga tonggak.

Advertisement

Jurulatih Phnom Penh Crown, Oleg Starynskyi mendedahkan dua peledak pasukan itu, Guytho Mijland dan Rintaro Sakakibara terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Pemain tengah Phnom Penh Crown, Pich Koeut pula perlu menjalani penggantungan perlawanan. Hal ini berlaku kerana Koeut mengutip kad merah dalam aksi Kumpulan H ACL2 menentang Kitchee.

Meskipun begitu, Starynskyi memilih untuk kekal positif. Beliau yakin barisan pemain yang ada mampu memikul tanggungjawab dan mendapatkan keputusan positif bila berdepan The Cats.

“Ya, ia agak sukar, terutamanya perlawanan terakhir, kerana kami mengalami beberapa kecederaan. Pemain seperti Guytho dan Saki tidak bersama kami kerana mereka masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan mereka.

“Kami mengambil pemain seperti Raul (Feher) dan Daniel (Bares), tetapi sejujurnya, mereka tidak berlatih bersama kami dan jadi mereka belum begitu bersedia. Tetapi pemain yang beraksi cemerlang seperti Vennin (Chinn), pemain pertahanan muda kami, dan Devit (Yem), penyerang Kemboja kami pantas, jadi mereka beraksi dengan sangat baik.

“Terdapat banyak kepercayaan terhadap mereka dan kepercayaan yang tinggi terhadap mana-mana pemain yang akan melangkah ke padang esok,” katanya dalam sidang media praperlawanan.

Phnom Penh Crown akan berentap dengan Kuching City di Stadium Taha Ariffin pada 26 November ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...