Piala AFC: Bali United Tumbangkan Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan kumpulan G Piala AFC ini menemukan pasukan tuan rumah Bali United yang bertemu dengan pasukan dari Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Kemenangan menjadi milik Bali United dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi.

Gol-gol Bali United telah dijaringkan oleh Rahmat Syamsuddin dan gol sendiri penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja.

Perlawanan dimulakan dengan Bali United menunjukkan penguasaan bola manakala KDA FC lebih banyak menunggu dan menanti peluang terbaik untuk melancarkan serangan balas.

Advertisements

Peluang keemasan Bali United hadir pada minit ke-27 namun tandukan Leonard Tupamahu di hadapan gawang melambung tinggi walaupun penjaga gol KDA FC, Ifwat Akmal sudah tertewas.

Pasukan KDA FC dilihat agak bergelut apabila mereka gagal mengawal bola dengan tempoh masa yang lama dek kerana para pemain Bali United yang pantas menekan.

KDA FC hampir mendahului pada minit ke-40 melalui satu rembatan deras dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis Nadeo Argawinata di gawang Bali United.

Advertisements

Bali United akhirnya memecah kebuntuan pada masa tambahan separuh masa pertama melalui gol sendiri dari kapten pasukan KDA FC, Ronald Ngah Wanja yang tertampan bola hasil sepakan percuma dari Eber Bessa.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan memihak Bali United yang mendahului KDA FC 1-0.

Bersambung babak kedua, Bali United terus menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan melalui tendangan sudut. Namun gagal menepati sasaran.

Advertisements

Ilija Spasojevic hampir menambah jaringan buat Bali United pada minit ke-53 melalui rembatan deras dari luar kotak penalti namun sedikit tersasar.

Bali United terus melakukan asakan ke kubu KDA FC dan hasilnya Rahmat Syamsuddin menambah jaringan pada minit ke-82 melalui tandukan di ruang yang sempit selepas menerima hantaran menarik dari Privat Mbarga.

Perlawanan akhirnya ditamatkan selepas 4 minit masa tambahan dengan kedudukan kekal memihak Bali United dengan keputusan 2-0 menewaskan KDA FC dalam aksi sulung kedua-dua pasukan di saingan Piala AFC.

Advertisements

 Selepas ini, Kedah akan turun untuk aksi kedua kumpulan pada 27 Jun menentang kelab Filipina, Kaya FC sebelum menutup aksi kumpulan G dengan menentang kelab dari Kemboja, Visakha FC.

Manakala pasukan Bali United pula akan menentang pasukan dari Kemboja, Visakha FC pada 27 Jun sebelum mengakhiri aksi kumpulan dengan menentang wakil dari Filipina, Kaya FC pada 30 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram