Ads
Dunia
PSM Makassar

Wakil Malaysia di pentas AFC, Kuala Lumpur City FC tidak berdepan cabaran apabila mereka mudah menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2.

Advertisements

Pasukan kendalian Bojan Hodak turun dengan persembahan terbaik apabila berjaya membariskan hampir semua pemain terbaik pada malam ini.

Advertisements

The City Boys jelas berada dalam keadaan terbaik apabila mereka mendominasi permainan seawal minit pertama perlawanan.

Advertisements

Advertisements

Semangat juang para pemain bermula menerusi beberapa percubaan berbahaya dilancarkan ke arah gawang pasukan pelawat pada 15 pertama permainan.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila gerakan yang direncanakan dari serangan balas membuahkan hasil.

Advertisements

Hasrat anak didik Bernardo Tavares untuk memperoleh gol penyamaan terbantut apabila serangan balas yang mula direncakan oleh kapten pasukan, Paulo Josue yang melorongkan bola kepada Romel Morales.

Beliau membuat satu lorongan kepada Jordan Mintah yang mudah meledak gol kedua pasukan.

Bersambung babak kedua, KL jelas amat bertenaga apabila mereka terus memburu gol ketiga pasukan.

Hasilnya, sepakan penalti diberikan selepas pertahanan PSM Makassar bertindak secara melulu sebelum sepakan tersebut mudah disempurnakan oleh Paulo Josue.

Pasukan pelawat tidak berpatah semangat apabila serangan daripada bahagian kiri padang memberikan gol pertama pasukan yang dijaringkan oleh Yakob Sayuri.

PSM memperoleh gol kedua menerusi sepakan sudut yang dijaringkan dengan mudah menewaskan Azri Ghani.

KL City menambah duka wakil Indonesia ini menerusi gol jaringan Paulo Josue pada minit ke-85.

Gol kelima dijaringkan oleh Hadin Azman untuk melengkapkan malam bergaya KL City.

Advertisements

Keputusan kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan KL City menjurai zon ASEAN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram