Piala AFC: Langkah Kedah Tersekat Ditewaskan PSM Makassar
Dunia
AFC
Advertisements

Wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal mara ke final zonal Piala AFC selepas ditewaskan kelab Indonesia, PSM Makassar 2-1.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak ini menghadapi tugas sukar apabila terpaksa beraksi dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan kerana masalah kecederaan.

PSM Makassar memulakan perlawanan dengan agak garang apabila hampir mendahului seawal minit ke-4 namun rembatan Everton mengenai tiang gol.

Advertisements

Pada minit ke-15, Ifwat mempamerkan kecemerlangan apabila menyelamatkan peluang keemasan dari Yakob Sayuri.

Selepas beberapa siri serangan, PSM Makassar akhirnya di depan pada minit ke-31 melalui Yakob Sayuri selepas menyudahkan hantaran dari Rizky Eka.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kedah semakin tertekan apabila PSM Makassar menambah jaringan melalui Yuran Fernandes yang menanduk tajam hasil sepakan sudut sekaligus menggandakan kedudukan menjadi 2-0.

PSM Makassar menerima tamparan hebat selepas penjaring gol kedua, Yuran Fernandes dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-62 selepas pemain tinggi lampai itu mengasari Ronald Ngah Wanja.

Selepas beberapa percubaan yang dilepaskan, akhirnya Kedah berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-85 melalui Fayadh Zulkifli.

Advertisements

Kedudukan 2-1 kekal walaupun 7 minit masa tambahan diberikan. Kemenangan ini membawa PSM Makassar ke pentas akhir yang dijadualkan pada pada 23 Ogos depan manakala Kedah meneruskan aksi domestik apabila dijadualkan bertemu Sabah pada 17 Ogos bagi saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram