Ads
Dunia
AFC

Menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan dilangsungkan pada Disember depan, sudah ada cerita-cerita mengenai peluang pasukan manakah yang berpeluang untuk menjuarai piala berprestij Asia Tenggara itu.

Advertisements

Bagi jurulatih Thailand, Alexandre Polking, mengakui bahawa Indonesia merupakan sebuah pasukan yang merbahaya namun tetap memilih Vietnam sebagai saingan utama dalam merebut piala itu nanti.

Advertisements

“Pasukan Indonesia merupakan sebuah pasukan merbahaya. Mereka mempunyai barisan pemain muda dan sudah beraksi bersama dalam tempoh yang lama.

Advertisements

Advertisements

“Namun, Vietnam tetap menjadi pencabar utama dan kami sudah mengetahui kualiti yang dimiliki pasukan itu,” jelasnya seperti dilaporkan laman Bola.

Dalam kejohanan Piala AFF 2022 itu nanti, Thailand diletakkan satu kumpulan bersama Indonesia, Filipina, Kemboja dan sebuah lagi pasukan yang perlu menjalani kelayakan iaitu sama ada Brunei atau Timor Leste.

Advertisements
Advertisements

Manakala Vietnam pula diletakkan satu kumpulan dengan Malaysia, Singapura dan Laos. Pada edisi lalu, Thailand berjaya menjadi juara selepas menewaskan Indonesia di pentas final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram