Piala AFF 2022: Malaysia Berdepan Laluan Mencabar Hadapi Tentangan Vietnam
Dunia
MakanBola
Khairul / MakanBola
Advertisements

Undian penentuan yang dijalankan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi kedudukan balang undian pasukan dalam saingan Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan Malaysia berdepan laluan mencabar kali ini.

 Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok petang ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos.

Advertisements

Piala AFF kini telah pun memasuki edisi yang ke 14 dan akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menyaksikan ujian kedua pengendali kelahiran Korea Selatan untuk membawa kejayaan kepada Malaysia.

Sebelum ini, Pan-gon telah pun membantu Harimau Malaya untuk mara ke Piala Asia 2023 sekaligus menamatkan penantian lebij 43 tahun untuk layak ke pentas berprestij tersebut.

Advertisements

Malaysia sudah pasti mahu menebus kehampaan pada edisi yang lalu di bawah kendalian bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe apabila Harimau Malaya tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.

News Comments Account