Piala AFF B-23 Diteruskan, Malaysia Menang Percuma Berdepan Myanmar
Dunia
FAM
Advertisements

Setelah berbangkit ura-ura yang mengatakan bahawa Piala AFF B-23 terpaksa ditunda atau dibatalkan, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom tampil menjelaskan bahawa kejohanan ini akan diteruskan.

Mengambil kira ramai pemain dalam skuad Myanmar yang positif Covid-19, pasukan Myanmar telah menarik diri kerana tidak cukup pemain. Hal ini menjadikan Malaysia menang tanpa bertanding dalam perlawanan pertama yang sepatutnya dijadualkan hari ini.

Skuad Brad Maloney bagaimanapun akan meneruskan persiapan dengan latihan sebagai pilihan terbaik ketika ini setelah perlawanan pertama mereka dibatalkan. Sebelum ini, pasukan Indonesia telah mengambil keputusan yang sama untuk menarik diri ekoran Covid-19 yang melanda para pemain.

Advertisements

Kini saingan kumpulan B hanya tertumpu kepada dua pasukan iaitu Malaysia dan Laos. Malaysia bakal bertemu Laos pada Jumaat, 18 Februari di Stadium Prince, Kemboja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram