Piala AFF: Dominic Janji Tak Buat Silap Lagi
Dunia
FAMALAYSIA
Advertisements

Menurut satu kenyataan daripada pemain pertahanan negara, Dominic Tan, beliau dengan rendah hati menerima segala pendapat yang dilontarkan daripada peminat bola sepak Malaysia. Beliau turut mengakui akan kesilapan yang dilakukannya ketika aksi menentang pasukan Vietnam tempoh hari.

Sebelum ini, Dominic Tan merupakan antara pemain yang menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak ekoran kesilapan mudah yang dilakukannya menjadi faktor utama kekalahan Malaysia pada perlawanan tersebut.

Mengulas lanjut, pemain berusia 24 tahun itu berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan menentang Indonesia nanti.

Advertisements

“Bagi saya sesiapa pun boleh cakap apa-apa, jadi itu bukan masalah buat saya, setiap orang ada pendapat masing-masing,”

“Saya tahu kenapa saya buat macam itu dan apa kesilapan yang saya buat dalam perlawanan. Saya dah lihat dan menyedari kesilapan (ketika menentang Vietnam) menerusi video perlawanan,”

“Jadi setiap orang boleh cakap, tapi saya tahu apa yang saya lakukan dan saya akan perbaikinya. Kali ini ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa skuad Harimau Malaya akan bermain mati-matian untuk aksi perlawanan seterusnya. Dengan cuti rehat yang diberikan kepada para pemain kebangsaan dapat memberikan masa yang cukup untuk membuat persiapan rapi bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti.

“Kita dapat dua hari cuti selepas perlawanan dengan Vietnam Ahad lalu untuk kita pulih daripada aksi itu, jadi kita dah tahu apa kelemahan kita sebelum ini masa lawan Vietnam,”

“Kita dah sedar apa kesilapan dan perkara yang akan ditingkatkan untuk perlawanan berikut. Kita akan turun dapatkan tiga mata,” kata Dominic kepada Harian Metro.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Indonesia pada Ahad, 19.12.2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram