Advertising
Piala Asia 2027, Ranking 100 FIFA Sasaran Awal Buat Peter Cklamovski
MakanBola
FCT/FAM
Sponsors

Dua sasaran besar iaitu ke Piala Asia 2027 dan juga tembusi kelompok 100 terbaik dunia menjadi penanda aras buat Peter Cklamovski.

Bekas pengurus FC Tokyo itu dilantik untuk menggalas tugas selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber.

Ad

Hal ini bagi memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac hadapan.

Ad

Pengendali berusia 46 tahun pernah berkhidmat selama lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia.

Beliau juga pernah menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mereka mengemudi kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

Ad

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pelantikan Cklamovski diharap dapat menyuntik motivasi

Ad

“Beliau hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap demi memastikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya diberi tunjuk ajar yang sebaiknya, sekali gus dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.

Ad

FAM juga meletakkan sasaran agar bekas pengendali FC Tokyo ini dapat membantu pasukan kebangsaan untuk layak ke Piala Asia sambil memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

“Sebagai permulaan, misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan H bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, selain memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia,” jelas FAM.

Malaysia diundi bersama Vietnam, Laos dan Nepal dengan aksi pembukaan bakal berlangsung bulan Mac ini.