Piala Asia B-23: Malaysia Lakukan Rombakan Saat Akhir Lawan Uzbekistan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad muda Malaysia terpaksa melakukan rombakan saat akhir bertemu Uzbekistan dalam saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung tidak lama lagi.

Pasukan kendalian Juan Torres Garrido sudah pun mengharungi 4 aksi persiapan berdepan India, China dan juga Qatar.

Rekod seimbang dalam perlawanan yang diharungi itu bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas beberapa tonggak utama terpaksa disishkan.

Advertisements

Antara watak penting yang tidak dapat dibawa ke Qatar termasuklah pertahanan iaitu Azam Azmi, Richard Chin, penjaga gol negara iaitu Rahadiazli Rahalim yang kesemunya mengalami kecederaan.

Perkembangan terbaru menyaksikan skuad b-23 negara mengagih kudrat seorang lagi pemain yang diterbangkan saat akhir ke Qatar.

Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain yang dimaksudkan itu adalah pertahanan tengah, Azrin Afiq yang dipanggil saat akhir.

Advertisements

Perlawanan pertama juga akan mememukan skuad muda negara berdepan Uzbekistan B-23 yang kini dalam momentum terbaik apabila merekodkan 100 peratus aksi persahabatan tanpa kalah.

Juan Torres bagaimanapun optimis dengan persiapan skuad kendaliannya sambil melaungkan keyakinan aksi berdepan Qatar B-23 telah memberi banyak pendedahan kepada para pemainnya.

Aksi Malaysi dan Uzbekistan akan berlangsung pada 17 April 2024 jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram