Colombia terlepas tiket ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 setelah tewas kepada Switzerland dalam aksi penentuan sepakan penalti pada pagi Rabu.
Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti berhasil dicatatkan oleh Switzerland bagi mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 sekali gus menghantar Colombia pulang dari kejohanan edisi kali ini.
Kesebelasan utama Switzerland dibarisi bintang-bintang ternama antaranya Breel Embolo, Granit Xhaka dan Manuel Akanji sementara gandingan Luis Diaz bersama-sama James Rodrigues menjadi senjata bagi jentera serangan Colombia.
Permainan seimbang ditampilkan oleh kedua-dua negara dengan Colombia nyaris mencetak jaringan pembukaan seawal minit ke-20 setelah percubaan Gustavo Puerta berjaya ditepis cemerlang Gregory Kobel di depan gawang pasukan.
Aksi tangkas penjaga gol Colombia, Camilo Vargas turut mencuri tumpuan apabila bijak membaca rembatan jarak dekat oleh Fabian Rieder sekali gus menafikan peluang Switzerland bagi mendahului permainan di babak yang pertama.
Aksi sengit 120 minit berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan ketika aksi penentuan sepakan penalti, Switzerland berjaya memperoleh kemenangan 4-3 setelah Davinson Sanchez dan Cucho Hernandez gagal untuk menyempurnakan tugasan buat Colombia..