Piala Dunia FIFA: Colombia Buat Ghana Pulang Hampa
MakanBola
SELECCION COLOMBIA

Tiket terakhir ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA menjadi milik Colombia selepas menyingkirkan Ghana dalam masa 90 minit.

Aksi bertenaga antara Colombia dan Ghana selama 90 minit berakhir dengan keputusan seri 1-0 hasil jaringan dalam babak pertama perlawanan.

Barisan penyerang Colombia diketuai oleh 2 pemain bernama besar seperti James Rodriguez dan Luis Diaz sementara tembok Ghana dipimpin oleh Jerome Opoku dan Derrick Luckassen.

Meskipun Ghana menurunkan 2 ‘tembok besar’ di hadapan kubu gawang, Colombia tetap berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan mudah dalam kawasan kotak penalti pemain tengah, Jhon Arias pada minit ke-13 bagi meletakkan negara dari Amerika Selatan itu di hadapan 1-0.

Memasuki minit ke-70, jaringan penyamaan yang dicari-cari oleh Ghana masih gagal dijelmakan meskipun lambakan percubaan berbahaya dihasilkan oleh Antoine Semenyo dan Jordan Ayew.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan memihak pasukan Colombia. Kemaraan ke pentas pusingan 16 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan selepas tidak layak ke pentas Piala Dunia pada edisi 2022 di Qatar.

La Tricolor dijadualkan menentang Switzerland dalam aksi pusingan 16 terbaik pada 8 Julai depan di BC Place Vancouver, Vancouver.