Piala Dunia 2026: “Ramai Tak Nak Tengok Argentina Menang” – Lionel Scaloni
MakanBola
Selecction Argentina

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yakin ramai peminat tidak suka dengan kejayaan pasukannya ketika ini.

Juara bertahan Piala Dunia itu kini selangkah untuk mara ke pentas separuh akhir Piala Dunia dan bakal menentang Switzerland pada aksi suku akhir, awal pagi Ahad jam 9.00 pagi.

Bercakap mengenai persiapan pasukan yang diketuai oleh lagenda berusia 38 tahun itu, beliau percaya impak yang dibawa oleh bintang Inter Miami itu amat besar di atas padang.

Katanya, prestasi bintang itu masih sama seperti zaman kegemilangannya malah masih menunjukkan impak kerja keras ketila beraksi bersama pasukan kebangsaan. 

“Selagi dia (Messi) masih mahu bermain, dia akan terus menjadi yang terbaik. Itulah yang kami, yang mengenalinya dan melihat sendiri cara dia berlatih, percaya. 

“Saya sendiri tidak mahu membayangkan betapa luar biasanya dia ketika berusia 23 atau 24 tahun bersama Barcelona. Jadi, apa yang dipamerkannya sekarang langsung tidak mengejutkan saya.

Bagi Scaloni, skuadnya perlu merealisasikan impian besar rakyat negaranya terutamanya anak kecil yang bersorak hebat untuk melihat kejayaan Argentina pada pentas dunia.

“Saya mahu skuad kebangsaan ini dikenang sebagai sebuah pasukan yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. 

“Kami menerima satu rakaman video seorang kanak-kanak yang secara spontan menjerit, ‘Ayuh Argentina!’ ketika satu acara di sekolah. Detik itu benar-benar menyentuh hati saya kerana laungan itu lahir dengan penuh keikhlasan,” katanya pada sesi sidang media, hari ini.

Beliau juga yakin ada sesetengah pihak yang tidak mahu Argentina untuk meneruskan kemaraan sekali gus mengulangi pencapaian tahun 2022.

“Memang ada pihak yang tidak mahu Argentina menang, tetapi itu perkara biasa. 

“Perkara yang sama juga akan berlaku kepada mana-mana pasukan kebangsaan lain. Kami jadikan situasi itu sebagai pembakar semangat untuk pemain bangkit dan mempamerkan aksi yang lebih baik,” tambahnya.