Jordan gagal meraih kemenangan sulung dalam kejohanan Piala Dunia apabila pasukan Algeria bangkit menewaskan negara tersebut dengan keputusan 2-1.
Kemenangan 2-1 berjaya dicatatkan oleh Algeria hasil persembahan bertenaga dalam separuh masa kedua oleh negara Afrika ini, membuatkan Jordan akur tunduk di tangan pasukan terbaik.
Jordan turun dengan formasi 3-4-3 apabila Ali Olwan menjadi ayam tambatan manakala Algeria turun bersama pemain sensasi, Riyad Mahrez yang bermula di bahagian depan.
Babak pertama tampak seimbang selepas kedua-dua pasukan melakukan lambakan peluang percubaan berbahaya ke arah gawang lawan masing-masing.
Suasana di stadium menjadi riuh-rendah seketika apabila pemain bernombor 21, Nizar Al-Rashdan berjaya membolosi pintu gol Algeria pada minit ke-36 hasil bantuan pemain Stade Rennais, Mousa Tamari.
Pemain-pemain Algeria terus menerus menekan pertahanan Jordan bagi mencari gol penyaman namun keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, Algeria meningkatkan tempo permainan dengan mengawal hampir keseluruhan aksi dengan meledak gol pada minit ke-69 dan 82 menerusi N.Benbouali & A.Gouiri.
Perlawanan di Stadium San Francisco Bay ini berakhir dengan keputusan 2-1 memihak pasukan Algeria.
Saingan kumpulan J dijadualkan kembali bersambung pada 28 Jun dengan Algeria bakal bertemu Austria sementara Argentina akan turun menentang wakil dari benua Asia, Jordan pada hari yang sama.