Piala Dunia FIFA: Argentina Kekal Rekod 100%, Atasi Jordan
MakanBola
Seleccion Argentina

Akdi terakhir Kumpulan J Piala Dunia FIFA menyaksikan juara dunia, Argentina berjaya mengatasi tentangan Jordan.

Pasukan kendalian Lionel Scaloni merehatkan beberapa pemain utama manakala Jordan mengekalkan barisan terbaik pada perlawanan ini.

Beraksi di Stadium AT&T, Dallas, Argentina tampil dengan permulaan penuh bertenaga menerusi serangan balas pantas pada bahagian sayap Jordan.

Pasukan kendalian Jamal Sellami dikejutkan dengan jaringan pembukaan menerusi ledakan tonggak tengah Argentina, Giovanni Lo Celso pada minit ke-19.

Pemain berusia 30 tahun itu bijak mencari ruang sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Jordan, Yazid Abu Laila.

Sungguhpun tampil tanpa bintang utama, Lionel Messi, Argentina berjaya menambah jaringan kedua hasil sepakan penalti oleh Lautaro Martinez pada minit ke-31.

Aksi babak pertama tamat dengan Argentina berjaya mendahului permainan dengan keputusan 2-0 ke atas Al-Nashama.

Memasuki babak kedua, Argentina terus menggandakan asakan namun percaturan Jordan membuahkan hasil apabila kemasukan pemain sayap, Mousa Al-Tamari berjaya mencetak gol buat Jordan pada minit ke-55.

Messi berjaya menambah jaringan ketiga Argentina, 20 minit selepas kemasukkannya pada babak kedua.

Tambahan masa kecederaan lima minit tidak mampu untuk mengubah nasib Jordan yang gagal menambah jaringan penyamaan.

Argentina menamatkan saingan pada tangga teratas kumpulan dengan 9 mata manakala Jordan tersingkir tanpa sebarang mata.