Kemenangan manis buat Belanda dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan F Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Tunisia pada awal pagi Jumaat.
Selepas menang besar bertemu Sweden sebelum ini, Belanda tampak mudah menewaskan skuad Tunisia apabila meledak 3 jaringan untuk merekodkan kemenangan 3-1.
Belanda mempertaruhkan penyerang sensasi Liverpool & Sunderland, Cody Gakpo dan Brian Brobbey di bahagian depan manakala 5 tonggak pertahanan diletakkan Herve Renard di posisi benteng Tunisia.
Skuad julukan Oranje hanya memerlukan 7 minit untuk berada di hadapan hasil jaringan sendiri pemain lawan, E.Skhiri dan penyerang sensasi Belanda, Brian Brobbey.
Brobbey berjaya mencatatkan gol ketiga beliau dalam penampilan ketiga saingan Piala Dunia FIFA. Jaringan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama meskipun Tunisia melancarkan beberapa percubaan berbahaya.
Kembali dari bilik persalinan, ayam tambatan Tunisia, Hazem Mastouri merapatkan jurang gol perlawanan selepas menerima umpanan cantik bekas pemain Manchester United, Hannibal Mejbri.
Belanda kembali menjarakkan defisit gol kepada dua jaringan pada minit ke-62 menerusi tandukan berbisa pertahanan Brighton, Jan Paul van sekaligus menyaksikan gawang Tunisia bolos buat kali ketiga.
90 minit permainan di Kansas City ini berakhir dengan keputusan 3-1 memihak Belanda, sekaligus meneruskan momentum kemenangan buat kali kedua.
Belanda dijadualkan bertemu bertemu Maghribi dalam pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 berdasarkan kedudukan akhir saingan peringkat Kumpulan F.
Ia menyaksikan Oranje muncul sebagai juara Kumpulan F manakala Maghribi memegang status naib juara Kumpulan C.