Piala Dunia FIFA: Belgium & Iran Kempunan Lagi
MakanBola
Iran FF

Belgium dan Iran terpaksa akur berkongsi satu mata dalam aksi kedua Piala Dunia FIFA 2026.

Satu lagi keputusan seri terpaksa ditelan kedua-dua negara setelah Belgium dan Iran terus buntu meraih jaringan sepanjang tempoh 90 minit permainan sehingga terikat tanpa jaringan sekali gus mengutip satu mata seperti ketika aksi pertama lalu.

Kelibat Romelu Lukaku kembali dalam senarai dalam kesebelasan utama Belgium selepas menjadi wira dalam aksi lalu sementara Iran yang turun dengan formasi 5-4-1 menaruh harapan terhadap Mehdi Taremi di jentera serangan.

Harapan terhadap Mehdi Taremi itu dibalas dengan gol pertama Iran pada minit ke-25 namun jaringan tonggak Olympiacos tersebut dibatalkan oleh pengadil setelah semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dibuat tak lama selepas itu.

Malang buat Belgium apabila kehilangan pemain pertahanan, Nathan Ngoy yang dilayangkan kad merah di minit ke-66, sekali gus merencatkan pelan pasukan bagi memperoleh jaringan ketika permainan menuju 20 minit yang terakhir.

Keputusan penuh 90 minit menyaksikan Belgium dan Iran terikart seri tanpa jaringan.

Saingan kumpulan G bakal menemukan Belgium dan New Zealand dalam aksi terakhir manakala Iran akan turun berdepan Mesir dengan kedua-dua perlawanan dijadualkan berlangsung pada awal pagi Sabtu, 27 Jun hadapan.