Piala Dunia FIFA: Belgium Lolos, Singkirkan New Zealand
MakanBola
BELGIAN RED DEVILS

Belgium mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA 2026 selepas berjaya menewaskan New Zealand penuh bertenaga dalam aksi terakhir kumpulan G pada Sabtu.

Kemenangan 5-1 Belgium ke atas New Zealand sudah pun mencukupi bagi membawa Red Devils melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan G, diiringi juara Piala AFCON 3 kali, Mesir yang turut mara.

Kesebelasan utama Red Devils dibarisi nama-nama terkenal seperti pemain Arsenal, Leandro Trossard dan Kevin De Bruyne tatkala New Zealand tampil dengan formasi 4-2-3-1, memberi kepercayaan kepada Chris Wood di jentera serangan.

Gol pembukaan Belgium terhasil pada minit ke-28 menerusi bintang The Gunners, Leandro Trossard sekaligus memberikan kegembiraan kepada kem & penyokong-penyokong pasukan beliau.

Beliau sekali lagi tercatat sebagai penjaring pada pertengahan babak kedua selepas menerima umpanan cantik oleh pemain Club Brugge KV, Hans Vanaken pada minit ke-50 serentak menewaskan penjaga gol New Zealand, Max Crocombe.

Kevin De Bruyne melengkapkan aksi gemilang Belgium dengan meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke-66 hasil bantuan Leandro Trossard.

Selepas itu, New Zealand meraih gol saguhati menerusi E.Just sebelum Romelu Lukaku dan A. Saelemaekers menjaringkan gol keempat dan kelima pasukan Red Devils pada penghujung babak kedua aksi.

5-1 itu kekal sehingga perlawanan berakhir sekali gus menghadiahkan kemenangan dan 3 mata buat Red Devils layak ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan G dengan mengumpul 5 mata.

Selain Belgium, Mesir turut mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 terbaik sementara Iran yang menghuni kedudukan ke-3 kumpulan G perlu menanti keputusan aksi lain sebelum layak ke pusingan kalah mati.