Piala Dunia FIFA: Brazil Hilang 3 Mata Angkara Maghribi
MakanBola
FIFA World Cup

Aksi pertama Piala Dunia FIFA Kumpulan C telah dimulakan dengan pasukan Brazil terpaksa berputih mata ekoran diikat oleh Maghribi dengan keputusan 1-1. Pasukan Brazil berstatus pasukan pilihan diramal mampu memenangi perlawanan ini, namun keputusan menunjukkan sebaliknya.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium New York / New Jersey, pasukan Brazil turun tanpa kelibat Neymar yang disahkan masih belum sihat sepenuhnya untuk diturunkan menentang pasukan Maghribi. Perlawanan ini dianggap menarik berikutan pertembungan antara dua orang pemain Paris-Saint Germain, Achraf Hakimi dan Marquinhos yang juga kapten bagi pasukan masing-masing.

Pasukan Maghribi terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-21, hasil jaringan penyerang PSV Eindhoven, Ismael Saibari yang kelihatan mudah menyungkit bola mengatasi penjaga gol Brazil, Alisson.

Kemudian, Vinícius Júnior pula hadir menyamakan kedudukan, 1-1 pada minit ke-32, dengan jaringan gol hasil kelicikan beliau sendiri.

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Brazil tampak lebih garang dengan mereka meningkatkan tahap intenisiti permainan mereka menerusi beberapa percubaan ke arah gawang gol.

Namun, pasukan Maghribi tampak lebih bersedia dengan corak lebih bertahan pada pada separuh masa kedua dan tampak berhasil.

Keputusannya, pasukan Brazil terpaksa akur diikat satu mata dengan pasukan Maghribi dengan keputusan 1-1. Keputusan yang agak perit untuk ditelan oleh anak buah Carlo Ancellotti berdasarkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan. Selepas ini, pasukan Brazil akan bertemu pasukan pasukan Haiti manakala pasukan Maghribi akan menentang pasukan Scotland untuk mencari tiga mata pertama buat mereka.