4 Cara Mudah Tonton Piala Dunia Untuk Rakyat Malaysia
MakanBola
FIFA

Rakyat Malaysia memiliki empat cara mudah untuk menonton siaran Piala Dunia 2026.

Selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi kejohanan, ramai peminat ingin tahu cara menonton kejohanan berprestij itu.

Penyokong boleh saja menonton perlawanan Piala Dunia secara percuma menerusi lima saluran RTM. Lima saluran itu ialah TV1, TV2, TV Okey, RTM Sports dan Berita RTM.

Penyokong juga mempunyai alternatif untuk menonton perlawanan di RTM menerusi dua aplikasi, RTMKlik dan MyGOV Malaysia.

ROS_Catfish_OOP

Peminat yang mengakses perlawanan menerusi RTMKlik boleh melakukannya dengan telefon pintar, tablet dan Android TV. Jika ada yang mengakses perlawanan menerusi MyGOV Malaysia, mereka hanya perlu menekan segmen Demam Bola Bermula.

Pelanggan Unifi TV hanya perlu membayar RM50 untuk mengakses semua perlawanan yang disiarkan di platform berkenaan.

Bagi yang ingin melanggan servis Unifi TV untuk Piala Dunia, mereka boleh memilih sama ada membayar pas musim sebanyak RM60 atau pas harian sebanyak RM20. Penyokong boleh mendapatkan pas harian Unifi TV bermula pada 12 Jun.