Piala Dunia FIFA: Brazil Pesta Gol, Haiti Sah Tersingkir
MakanBola
FIFA WORLD CUP

Aksi minggu kedua Piala Dunia FIFA Kumpulan C telah diteruskan dengan pasukan Brazil membenam Haiti dengan keputusan 3-0.

Pasukan Brazil berstatus pasukan pilihan diramal mampu memenangi perlawanan ini selepas hanya mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama bertemu Maghribi.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Philadelphia, pasukan Brazil turun tanpa kelibat Neymar sekali lagi yang disahkan masih belum sihat sepenuhnya untuk diturunkan menentang pasukan Haiti.

Pasukan Brazil membuka akaun jaringan di hadapan pada minit ke-23, hasil jaringan bintang sensasi Manchester United, Matheus Cunha yang menerima bola muntah daripada percubaan Vinicius Junior.

Kemudian, beliau sekali lagi meledak gol kedua aksi pada minit ke-36, dengan rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti pasukan lawan, Haiti sekaligus memastikan kelebihan awal sebanyak 2 gol.

Aksi babak pertama ditutup dengan jaringan ketiga Brazil menerusi ayam tambatan Real Madrid, Vinicius Junior sebelum wisel dibunyikan.

Bersambung separuh masa kedua, Brazil dilihat kekal menguasai permainan namun tiada jaringan dapat ditambah.

Selepas ini, pasukan Brazil akan bertemu skuad Scotland manakala Haiti akan menentang Scotland dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.