Aksi Piala Dunia FIFA antara Colombia dan DR Congo berakhir dengan keputusan 1-0 memihak pasukan La Tricolor.
Colombia membawa momentum positif setelah menewaskan Uzbekistan 3-1 pada minggu lalu, begitu juga dengan DR Congo yang turut mencatat keputusan baik 1-1 ke atas Portugal semasa perlawanan pembukaan kumpulan K Piala Dunia FIFA.
Namun demikian, langkah cemerlang juara Copa America 2001 tersebut berjaya disekat DR Congo dalam perlawanan yang sememangnya dikuasai oleh La Tricolor dengan penguasaan bola dan deretan peluang yang dinafikan wakil Afrika itu sehingga tamat separuh masa pertama.
Kesebelasan utama Colombia dibarisi nama-nama terkemuka antaranya Luis Diaz, James Rodriguez dan Luis Suarez sementara barisan pemain DR Congo diketuai Cedric Bakambu dan bekas bintang Manchester United, Aaron Wan-Bissaka.
Seperti dijangka Colombia jelas menguasai bola dengan kawalan di bahagian tengah yang menyukarkan Les Leopards bagi mengatur langkah, namun kekebalan benteng pertahanan kedua-dua pasukan mengakibatkan perlawanan kekal tanpa jaringan.
Gol kemenangan Colombia hadir di penghujung permainan menerusi Daniel Munoz sekaligus memberikan kegembiraan kepada kem pasukan & penyokong-penyokong beliau yang berada di stadium.
Keputusan di Estadio Guadalajara berakhir dengan keputusan 1-0 memihak pasukan Colombia.
Perlawanan terakhir kumpulan K akan menyaksikan pertarungan antara Colombia vs Portugal pada 28 Jun ini sementara DR Congo bakal menentang jaguh Asia, Uzbekistan bagi menentukan tempat ke pusingan kalah mati.