Piala Dunia FIFA: DR Congo Lolos, Bangkit Kalahkan Uzbekistan
MakanBola
Fecofo

Aksi terakhir Kumpulan K menyaksikan DR Congo berjaya lolos ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia mereka selepas membenam cabaran Uzbekistan dengan keputusan 3-1 di Stadium Atlanta, Amerika Syarikat. Kedua-dua pasukan masih belum mendapat sebarang kemenangan sepanjang mereka beraksi pada pentas Piala Dunia FIFA 2026.

Pasukan DR Congo berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya dengan syarat wajib menang ke atas pasukan Uzbekistan yang sudah dipastikan tidak layak untuk beraksi pada pusingan seterusnya. Dan juga berpeluang merampas kedudukan naib juara jikalau pasukan Portugal kalah dengan jaringan yang besar menentang pasukan Colombia pada perlawanan yang berlangsung pada waktu yang sama.

Kesemua empat bantuan gol Arthur Masuaku untuk DR Congo berlaku sebelum separuh masa, termasuk satu bantuan ketika menentang Portugal yang menjadi gol pertama dan satu-satunya gol mereka dalam sejarah Piala Dunia.

Ketua jurulatih pasukan Uzbekistan, Fabio Cannavaro masih mempertaruhkan bintang utama Uzbekistan, Abdukodir Khusanov di benteng pertahanan dan kapten pasukan, Eldor Shomurodov di bahagian serangan dengan harapan melakukan suatu magis di bumi Amerika Syarikat.

Aksi separuh masa pertama dimulakan dengan kejutan awal dari pasukan Uzbekistan. Bola yang disepak oleh Eldor Shomurodov berjaya menerjah jaring gol lawan seawal saat ke-20 permainan namun gol tersebut sudah dikira akibat Eldor Shomurodov yang sudah berada pada posisi offside.

Namun, usaha Eldor Shomurodov untuk terus mencuba telah membuahkan hasil pada minit ke-10 apabila tendangan lambung beliau berjaya mengelirukan penjaga gol DR Congo, Lionel Mpasi dan seterusnya masuk ke dalam gol lawan. 1-0, Uzbekistan mendahului.

Nathanaël Mbuku hampir menyamakan kedudukan bagi pasukan DR Congo pada minit ke-18 dengan sepakan deras dari luar kotak penalti namun gol tersebut tidak dikira setelah keputusan VAR mendapati Nathanaël Mbuku mengasari salah satu pemain Uzbekistan dengan tangannya dalam usaha untuk membuat jaringan tersebut.

Baki permainan tampak kedua-dua pasukan saling bertukar serangan sehingga tamat separuh masa pertama. Tamat aksi separuh masa pertama dengan keputusan 1-0, Uzbekistan mendahului.

Separuh masa kedua dimulakan dengan pasukan DR Congo bermain lebih terbuka dengan harapan mendapatkan gol. Hasilnya, Yoane Wissa berjaya memanfaatkan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan, Felix Zwayer pada minit ke-68. Sepakan penalti tersebut dihadiahkan berpunca dari kaki Abdukodir Khusanov yang menghalang pergerakan Yoane Wissa.

Pasukan DR Congo giat melakukan serangan ke kubu pertahanan Uzbekistan demi mendapatkan satu lagi gol sekurang-kurangnya. Akhirnya, Fiston Mayele yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meletakkan DR Congo kembali di hadapan pada minit ke-78. Gol tersebut hasil dari reaksi pantas Fiston Mayele memanfaatkan bola pantulan rembatan dari Meschack Elia yang terkena kaki pertahanan Uzbekistan.

Pada minit kecederaan, Yoane Wissa memastikan tiket DR Congo ke pusingan kalah mati dijamin dengan jaringan gol dari luar kotak penalti lawan. Yoane Wissa sudah mengumpul sebanyak 3 gol peribadi di pentas Piala Dunia setakat ini.

Tamat aksi di antara DR Congo dan Uzbekistan, DR Congo menang ke atas Uzbekistan dengan keputusan 3-1. Keputusan ini menyaksikan DR Congo lolos ke pusingan kalah mati dan lawan mereka masih belum diketahui. Pasukan Uzbekistan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia FIFA 2026.