Aksi kedua kumpulan E menyaksikan harapan Ecuador untuk mengutip 3 mata pertama musnah setelah diikat seri 0-0 dengan pasukan Curacao. Namun, ianya merupakan satu rekod yang bersejarah buat Curacao yang berjaya mencatat mata pertama dalam pentas Piala Dunia.
Aksi bersejarah bagi pasukan Curacao ini berlangsung di Stadium Kansas City di Amerika Syarikat. Duo pertahanan terbaik Ecuador, P. Hincapié dan W. Pacho menjadi benteng terakhir skuad Ecuador manakala pasukan Curacao mengharapkan magis daripada bintang utama mereka, Tahith Chong untuk mencipta kejutan terhadap Ecuador.
Aksi separuh pertama menyaksikan aksi kedua-dua pasukan seimbang dengan percubaan tapi penyudahnya pula tumpul. Sambung babak kedua, pasukan Ecuador lebih agresif mengasak kubu pertahanan pasukan Curacao namun mujur ketangkasan penjaga gol berpengalaman Curacao, Eloy Room menafikan segala percubaan. Peluang Ecuador untuk mencipta gol paling hampir pada minit kecederaan di mana Angelo Preciado berjaya menewaskan Eloy Room dengan sepakannya namun palang menjadi penghalang percubaan tersebut.
Tamat aksi yang mendebarkan ini dengan keputusan seri 0-0 di antara Ecuador dengan Curacao. Aksi tangkas Eloy Room menyelamatkan 15 percubaan tepat ke arahnya layak mengangkat beliau sebagai pemain terbaik perlawanan. Ianya rekod kedua terbaik yang pernah dicatatkan oleh mana-mana penjaga gol di pentas Piala Dunia secara keseluruhan.
Keputusan seri menyaksikan persaingan memburu tempat ke pusingan kalah mati menjadi lebih menarik di mana pasukan Ivory Coast yang telah tewas dengan Jerman, 2-1 bakal bersaing bersama Ecuador & Curacao untuk layak ke pusingan kalah mati.
Aksi terakhir kumpulan E yang bakal berlangsung pada 26 Jun akan jadi penentu di mana pasukan Curacao wajib menang ke atas Ivory Coast manakala pasukan Ivory Coast hanya memerlukan keputusan seri. Manakala, pasukan Ecuador perlu menang ke atas pasukan yang sudah layak, Jerman. Ianya satu tugas sukar buat anak buah Sebastian Beccacece.