Aksi pusingan 32 terbaik seterusnya menyaksikan Belgium menundukkan Senegal pada masa tambahan dengan keputusan 3-2 di Stadium Seattle, Amerika Syarikat.
Aksi Belgium menentang Senegal turut menghimpunkan beberapa pemain Serie A, dengan Kevin De Bruyne dan Charles De Ketelaere bakal berdepan Assane Diao, manakala Senegal melakukan pertukaran di posisi penjaga gol, dengan menyenaraikan Mory Diaw sebagai penjaga gol menggantikan Eduard Mendy.
Gol jaringan Habib Diarra hadir terlebih dahulu pada minit ke-24. Tamat aksi separuh masa pertama dengan keputusan 1-0, Senegal mendahului.
Ismaila Sarr memberikan Senegal berkelebihan dua gol di hadapan pada minit ke-51.
Gol Romelu Lukaku pada minit-86 membakar api perjuangan skuad Belgium.
Usaha berterusan pasukan Belgium akhirnya membuahkan hasil dengan jaringan penyamaan pada minit ke-89 oleh kapten pasukan, Youri Tielemans. Tamat aksi 90 minit dengan kedua-dua pasukan terikat, 2-2.
Aksi diteruskan pada masa tambahan 30 minit. Pada minit ke-120+4, sepakan penalti dihadiahkan kepada pasukan Belgium akibat kekasaran di kotak penalti Senegal. Tugas tersebut berjaya disempurnakan oleh Youri Tielemans.
Tamat aksi 120 minit di Stadium Seattle dengan berkesudahan Belgium menewaskan Senegal, 3-2. Belgium lolos ke pusingan 16 terbaik sekali gus menepati ramalan sebagai pasukan pilihan dan bakal bertemu sama ada USA atau Bosnia dan Herzegovina pada 7 Julai.