Mexico menepati ramalan apabila menundukkan Ecuador untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.
Kemenangan bertenaga 2-0 sudah cukup untuk tuan rumah muncul sebagai pasukan ketujuh melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA sementara Ecuador terpaksa akur tersingkir daripada saingan bola sepak tertinggi meskipun menewaskan juara Piala Dunia 2014, Jerman pada Jumaat lalu.
El Tri membariskan kesebelasan utama dengan nama-nama handal seperti Julian Quinones, Raul Jimenez dan Cesar Montes sebagai ketua pasukan.
Sementara, Ecuador yang berdepan cabaran pada perlawanan ini menurunkan beberapa bintang ternama seperti Enner Valencia, Moises Caicedo dan Willian Pacho.
Dua gol Mexico dijaringkan oleh ayam tambatan Al-Qadsiah, Julian Quinones dan penyerang Wolves, Raul Jimenez pada separuh masa pertama sebelum Ecuador menggandakan usaha di babak kedua namun tiada jaringan tambahan dapat ditemui sehingga wisel penamat dibunyikan.
Menanti Mexico di pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA nanti adalah pemenang antara England dan DR Congo dalam satu lagi aksi pusingan 32 terbaik.