Piala Dunia FIFA: Misi Portugal Juara Kumpulan Disekat Colombia
MakanBola
Conmebol

Hasrat Portugal untuk muncul juara kumpulan K Piala Dunia FIFA 2026 tidak kesampaian apabila terikat seri menentang Colombia pada Ahad.

Portugal dan Colombia masing-masing sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik setelah pamer persembahan hebat dalam dua aksi awal sebelum ini, namun keputusan seri ini tampak beri kelebihan buat pasukan dari Amerika Selatan itu.

Keputusan seri tanpa jaringan meletakkan Colombia di kedudukan teratas kumpulan K dengan 7 mata selepas 3 perlawanan manakala Portugal pula sekadar mengumpul 5 mata untuk berada di tangga kedua dan dijadualkan bertemu wakil kumpulan L.

Jentera serangan Portugal diketuai Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Joao Felix untuk menggempur kubu lawan manakala James Rodriguez serta Luis Diaz memikul misi penting Colombia bagi meneruskan magis jaringan seperti aksi lalu.

Tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sepanjang 90 minit permainan termasuklah gol Colombia yang dibatalkan di penghujung aksi sekali gus membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata pada aksi kali ini.

Selain Portugal dan Colombia, DR Congo juga menjadi wakil kumpulan K yang berjaya melangkah ke pusingan kalah mati selaku negara ke-3 terbaik setelah menewaskan Uzbekistan 3-1 dalam satu lagi aksi terakhir kumpulan.