Piala Dunia FIFA: Norway Akhiri Langkah Ivory Coast Penuh Sengit
MakanBola
Fotballandslaget

Norway mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA setelah mengatasi tentangan wakil dari benua Afrika, Ivory Coast.

Kemenangan tipis 2-1 berhasil membawa Norway melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA selepas cemerlang membenam cabaran sengit Ivory Coast dengan dua jaringan memukau daripada ayam tambatan skuad itu.

Kelibat Erling Haaland, Martin Odegaard dan Antonio Nusa kembali dalam kesebelasan utama Norway setelah direhatkan sebelum ini sementara Ivory Coast pula turun dengan barisan terbaik ditunjangi bintang Al-Ahly, Franck Kessie.

Permainan tampak seimbang sepanjang babak pertama dengan kedua-dua negara saling mengatur serangan sebelum akhirnya percubaan cantik oleh Antonio Nusa pada minit ke-39 berjaya meletakkan pasukan Norway di hadapan 1-0.

Usaha Ivory Coast untuk mengikat kedudukan berjaya juga pada minit ke-74 apabila pemain gantian, Amad Diallo berjaya meledak gol penyamaan menerusi satu gerakan solo sebelum menewaskan penjaga gawang Norway, Orjan Nyland.

Jaringan kemenangan Norway muncul semasa permainan berbaki 4 minit sebelum ditamatkan hasil penyudah sempurna dari ayam tambatan, Erling Haaland sekali gus membawa pasukan dari Eropah itu mara ke pusingan seterusnya.

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak Norway.

Menanti Norway di pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA nanti adalah juara dunia 5 kali, Brazil yang berjaya menumpaskan Jepun 2-1 dalam aksi penuh sengit pada awal pagi Selasa lalu.