Piala Dunia FIFA: Paraguay Tunjuk Turki Jalan Keluar
MakanBola
FIFA WORLD CUP

Perlawanan minggu kedua Piala Dunia FIFA Kumpulan D menyaksikan Paraguay menewaskan pasukan ranking ke-32, Turki dengan keputusan 0-1.

Beraksi di Stadium San Francisco Bay, Paraguay menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Julio Enciso dan Miguel Almiron. Selepas itu, Turki membariskan Arda Guler & Hakan Calhanoglu bagi merobek gawang lawan.

Paraguay berada di depan seawal minit kedua permainan selepas pemain tengah Paraguay, Matias Galarza melepaskan satu rembatan kencang dari luar kawasan kotak penalti Turki. Jaringan tersebut merupakan gol terpantas dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026.

Separuh masa pertama menyaksikan Paraguay lebih banyak menguasai permainan, namun Turki kekal berdisiplin dalam bertahan sehingga berjaya menghalang lawan daripada menambah jaringan kedua.

Selain itu, babak pertama turut dicemari insiden kad merah yang dilayangkan kepada pemain Paraguay, Miguel Almirón selepas beliau bertengkar bersama pemain lawan sambil menutup mulutnya.

Aksi separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Paraguay.

Memasuki babak kedua, rentak permainan menjadi lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan tampil dengan corak permainan yang lebih agresif dan tersusun. Paraguay terus berusaha menambah jaringan bagi mengukuhkan kedudukan mereka, manakala Turki meningkatkan intensiti permainan dalam usaha memburu gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan silih berganti melancarkan serangan ke arah kubu lawan, sekali gus menjadikan perlawanan berlangsung dengan lebih terbuka dan menarik untuk disaksikan. Namun begitu, disiplin serta kekentalan benteng pertahanan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan berjaya mengekang setiap percubaan berbahaya daripada menghasilkan jaringan.

Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada Paraguay dengan keputusan 1-0 ke atas Turki.

Aksi ketiga Kumpulan D menyaksikan Paraguay bakal menentang Australia pada 26 Jun manakala Turki akan berdepan USA juga pada hari yang sama.