Piala Dunia FIFA: Scotland Raih 3 Mata Sulung Hasil Benam Haiti
MakanBola
FIFA WORLD CUP

Perlawanan kedua Piala Dunia FIFA Kumpulan C telah diteruskan dengan pasukan Scotland berjaya menundukkan Haiti dengan keputusan 0-1.

Pasukan Scotland sememangnya menjadi pilihan untuk memenangi aksi ini selepas jurang ranking FIFA bersama Haiti ialah sebanyak 47 anak tangga.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Boston, Foxborough, pasukan Scotland turun dengan kelibat bintang-bintang ternama seperti Scott McTominay dan JohnMcGinn manakala penyerang Sunderland, Wilson Isidor menjadi ayam tambatan skuad Haiti.

Kedua-dua pasukan tampak memulakan aksi dengan tempo yang tinggi bagi mencari gol pembukaan seawal mungkin.

Scotland berjaya membuka gol aksi pada minit ke-28, hasil jaringan pemain Aston Villa, John Mcginn yang kelihatan mudah melepaskan satu rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti Haiti sekaligus mengatasi penjaga gol, Johny Placide.

Jaringan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama meskipun Haiti dilihat melepaskan beberapa percubaan berbahaya.

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Scotland tampak lebih garang dengan mereka meningkatkan tahap intensiti permainan mereka menerusi beberapa percubaan ke arah gawang gol lawan. Namun, jaringan tambahan tidak berjaya dihasilkan.

Aksi tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan Scotland sekaligus memastikan The Scots mengungguli carta Piala Dunia Kumpulan C selepas dua lagi negara, Brazil & Maghribi terikat satu sama pada awal pagi tadi.